Monday, 21 May 2018

Penterjemah Arab - Melayu

Kelayakan:
  1. Berkemahiran menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Arab dengan baik.
  2. Berkemampuan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan ( 1 hari, 1 terjemahan)

Tugas:
  1. Membuat terjemahan teks Arab bagi menepati kriteria penulisan di dalam bahasa Melayu standard.  
  2. Menghantar kerja semakan dan pembetulan ke email syarikat.

SOP:
  1. Syarikat menghantar email kerja dan senarai dateline kepada freelancer
  2. Syarikat memaklumkan melalui email dan whatsapp.
  3. Freelancer menerima email kerja dan senarai dateline
  4. Freelancer memaklumkan telah menerima email kerja dan senarai dateline melalui whatsapp atau email.
  5. Freelancer membuat terjemahan kepada bahasa Melayu.
  6. Freelancer siap membuat terjemahan berdasarkan dateline.
  7. Freelancer menghantar email kerja kepada email syarikat.
  8. Syarikat membuat semakan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  9. Syarikat menghantar semula untuk pembetulan kepada freelancer (jika ada)
  10. Freelancer membuat pembetulan.
  11. Freelancer menghantar semula pembetulan kepada email syarikat.
  12. Syarikat membuat semakan. 
  13. Sekiranya perlu, diulang perkara 9 sehingga 12
  14. Syarikat berpuas hati dengan kerja freelancer
  15. Syarikat membuat bayaran.
  16. Syarikat akan memberikan sebuah buku berkenaan apabila ia diterbitkan.

Anggaran Upah: 

  • RM 5-RM 7 untuk sehelai halaman bahasa Arab.

Jika anda berminat dengan tawaran kerja Freelancer yang dinyatakan, sila isi maklumat di dalam borang berikut: KLIK SINI

Makluman Penting!

Kerja yang ditawarkan adalah Freelancer - dengan maksud, anda bekerja atas tugasan tanpa perlu hadir ke pejabat. Anda perlu selesaikan tugas berdasarkan dateline yang telah dipersetujui. Oleh itu, pelajar, pekerja tetap, bekerja sendiri, surirumah mahupun penganggur layak untuk memohon.

No comments:

Post a Comment